Tuesday 24 January 2023

Rahsia Allah

 Sesungguhnya penciptaan manusia adalah terlalu hebat. Terlalu istimewa..terlalu rahsia..luar kemampuan fikiran manusia yg lemah ini.

Aku serahkan segalanya padaMu ya Allah..setiap hari yg kulalui penuh debaran..menanti cahaya mata ketiga..Ya Allah..aku amat berharap agar semuanya berjalan lancar dan sempurna.


Ya Allah..aku mengerti setiap ujian yg Kau berikan utk tingkatkan iman dan darjatku..Kuatknlah semangatku.


Ya Allah Yang Maha Memberi tanpa batas, kurniaikanlah aku zuriat ke3 yg sihat akal fikiran,sempurna fizikal dan mental.

Ya Allah..aku insan yg amat lemah..ampunilah segala dosaku,dosa org2 yang aku syg...pimpinlah aku ke jlan yg benar..

Ya Allah..peliharalah kesihatan ku .

Tuesday 23 August 2022

AKU INSAN BIASA

Penulisan ku di sini hanya untuk melakarkan coretan dan pengalaman hidup.
mana yang elok ambillah sebagai panduan, mana yang tak jasikanlah sebagau panduan.

Aku hanya orang biasa biasa yang juga punya cita cita.
Aku hanya orang biasa yang juga punya perasaan.

Selagi hayat dikandung badan, aku cuba buat yang terbaik.
Sebagai bekalan untuk aku di sana.

Aku mengharapkan doa kalian untukku apabila aku tiada.

Thursday 9 June 2022

DOAKU 10 JUN 2022

 YA ALLAH YANG MAHA PENYAYANG

YANG MAHA MEMAHAMI..YANG MAHA MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA

YANG MAHA PENGASIH

AMPUNILAH DOSAKU YANG BANYAK INI..DOSA KEDUA IBU BAPA KU..KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA KASIHKAN SEMASA AKU MASIH KECIL...YA ALLAH..AMPUNILAH DOSA AHLI KELUARGAKU YG LAIN..ANAK2 KU..ABG ..ADIK DAN IPAR DUAI KU..JIRAN TETANGGA KU..SAHABATKU...LIMPAHKAN KASIH SAYANGMU BUAT KAMI SEMUA.


YA ALLAH..HILANGKAN KEKUSUTAN FIKIRAN KAMI..HILANGKAN SEGALA MASALAH KAMI..CERIAKAN HATI KAMI...SIBUKKANLAH KAMI DENGAN KERJA2 IBADAT KEPADAMU..SIBUKKAN KAMI DENGAN ZIKIR UTKMU...YA ALLAH..PIMPINLAH KAMI KE JALAN YG LURUS DAN YG KAU REDHAI.

YA ALLAH ...BERIKANLAH KAMI REZEKI YG BERKAT..JAUHKANLAH KAMI DARI REZEKI YG SYUBAHAH...

YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA PENYAKIT DAN MUSIBAH..DARI DENGKI DAN KHIANAT MANUSIA YG KEJAM DAN SYAITAN YANG DIREJAM...JAUHKANLAH KAMI DARI MELAKUKAN KHIANAT KEPADA ORG LAIN...JAUHKANLAH KAMI DARI SIFAT RIAK..TAKABUR...SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG MAHA HEBAT DAN BERKUASA..

YA ALLAH..JAUHKANLAH KAMI DARI SIFAT SUKA BERTANGGUH DALAM MELAKUKAN KERJA..SABARKANLAH HATI KAMI DALAM MENDIDIK ANAK2 KAMI..JADIKAN LAH MEREKA PENGHAFAZ DAN PENCINTA DAN PENGAMAL ALQURAN DALAM HIDUP MEREKA..DORONGKANLAH HATI KAMI DAN MEREKA UTK MEMBACA ALQURAN...

YA ALLAH MAKBULKANLAH SEGALA DOA KAMI INI..

2022 tahun baru bagiku

ASSALAMUALAIKUM

Salam kasih sayang..salam positif...

2022 tahun yang baru buat ku...berpindah ke tempat kerja yang baru, dengan budaya dan cara kerja yang baru..bos yg baru..kawan2 yang baru...semua tu perlukan masa bgku utk mengenali hati budi masing2...semoga semuanya baik2 saja.

ku cuba yang terbaik..semampuku...

kadang2 rasa nak rebah...

pernah rasa nak berhenti..

tapi apakan daya.

.byk komitmen dalam hidup perlu dipenuhi..

aku hanya mampu berdoa yang terbaik hadir dalam hidupku.

Wednesday 2 August 2017

PERSEMBAHAN SEMPENA KEMERDEKAA

SALAM KEMERDEKAAN
salam kemerdekaan buat semua
Bersemangat semua pelajar yang sertai persembahan sempena bulan kemerdekaan.
masing-masing dengan idea yang segar.
kita layan saja idea budak budak ni.
mana yang elok kita teruskan.
mana yang kurang kita jadikan tauladan dan pedoman.
walau apa pun yang terjadi...hidup pasti diteruskan.
kita pun tak pasti..smapai bila nyawa dikandung badan..
mungkin selepas ini..coretan ini akak ditatap oleh rakan-rakan..disaat tiada lagi jasad ini dibumi ini.
Harapan saya agar ia menjadi kenangan dan doakan kesejahteraan saya di sana.

Monday 21 November 2016

KEPERCAYAAN

Hidup ni terlalu singkat untuk bersengketa
Hidup ini terlalu banyak rahsia
Penuh cabaran yang tak terfikir
Kepercayaan di ragut

Siapa lagi untuk kita letak kepercayaan
Siapa lagi
Jika yg paling kita percaya mengkhianati
Bicara sumbang disudut sudut tertentu
Gelak2 sendiri
Senyum sinis
Sindiran sana sini

Realiti satu hubungan
Tiada kejujuran
Penuh selindung
Prejudis dan tomahan

Semangat teruskan perjuangan
Datang dan pergi
Jatuh dan bangun

Bicara harus waspada
Ingatan untuk diri sendiri
Silap perhitungan
Diputar belit orang
Aku tak mampu untuk ubah persepsi manusia
Aku tak mampu ubah hati manusia

Hidup sendirian
Terkadang aku rasa lebih baik
Susah senang sendiri
Sedih dan pilu hati sendiri
Jerih payah sendiri
Hidup mati sendiri
Sebab seringkali dikecewakan
Bila kuletak sepenuh kepercayaan

Mencari aura positif
Mencari kekuatan diri
Mencari cinta Ilahi

Ya Allah...janganlah Kau biarkan ku sendirian menguruskan
Perjalanan hidupku seharian..

Thursday 27 October 2016

GIVE AND TAKE

Hai to all...

"Give and take"

Apa yang anda faham tentang frasa ini..