Wednesday, 1 July 2015

Hikmah

Ramadhan kali ini, bermula dengan dugaan pertama ..
anak no 2 demam ..chiken pox..makan masa untuk sembuh,
ambil masa dua minggu untuk sembuh..tapi dugaan bermula lagi, anak
no 1 pulak...dan hari ini hari kedua..
menjaga anak demam dan tidak sihat, mungkin perkara biasa bagi seorang ibu,
terasa Allah menguji..anak kurang sihat sewaktu tugasan sebagai guru
juga menuntut untuk ditunaikan...kurang sihat sewaktu persediaan untuk hari
bicara akademik, dimana perlu mengisi markah secara online dan offline,
serta mencetak keputusan mereka...dan ketika berpuasa...soal cuti yang perlu diambil,,
soal pelajar yang akan tertinggal pelajaran, soal rakan sekerja perlu
menggantikan kelas...
Semahunya, tidak mahu menyusahkan sesiapa,
Semahunya, cuba mengatasi,
Semahunya, mencari penyelesaian terbaik.
Maafkan diri ini
diatas segala kesilapan
Maafkan diri ini 
diatas segala kekhilafan
Amat mengharap ramadhan kali ini
adalah yang terbaik
Disaat terasa seperti ditimpa bebanan
Syukur dikurnia peneman hidup yang sentiasa cool
Bila diungkapkan terasa diri ini "down"
Dengan tenang dia menjawab sambil tersenyum
"sabarlah..tentu ada jalannya"
Terus rasa lega dan yakin
Alhamdulillah...hari ini..
Perjalanan hari dipermudahkan..
1.Boleh pergi minta daun semambu dengan seorang lelak india,
   yang memang tak kenal, dan jalan rumah lelaki india tersebut sangat
   jarang digunakan...dan hari ini Allah gerakkan hati ini untuk menegur lelaki
   tersebut dan meminta daun tersebut.ALLAHUAKBAR..
2.Boleh cari kedai ubat cina yang memang tak pernah terfikir untuk masuk,
   dan Alhamdulillah, dapat mencarinya..
3.rawatan diklinik kesihatan awam, yang selalunya memakan masa yg agak
   lama, tetapi hari ini agak singkat, dan doktor yg merawat adalah doktor yang
   sama merawat haziq 2 tahun lepas berkaitan tonsilitis..Allahuakbar..Allah
   tahu gerak hati ini ingin berjumpa doktor tersebut..
TERLALU BANYAK RAHSIA KEHIDUPAN,
TERLALU BANYAK HIKMAH KEJADIAN
CUMA,DISAAT MENGHADAPI
PERLU PENEMAN SUMBER KEKUATAN
PERLU SAHABAT PENGUAT SEMANGAT