Thursday, 23 May 2013

AWAS....

AWAS
HATI-HATI
KETIKA BERGURAU SENDA
BERKONGSI RASA
BERCERITA
TENTANG APA-APA
JIKA ITU RAHSIA
BUKAN LAGI RAHSIA
PASTI KAN TERSAMAPAI JUA
PADA YANG DIKATA

ITU NYATA
TERBUKTI JUA
BUKAN SEKALI DUA


PEMERHATI BEBAS
MENDENGAR DAN MENGANALISA
ITU DAN INI

AWAS
JIKA ITU RAHSIA
BUKAN LAGI RAHSIA

JIKA TIDAK HARI INI
ESOK LUSA KETAHUAN JUA
LEBIH BAIK MENUTUP MULUT
USAH BERKATA JIKA TIADA KEPERLUAN
DIAM ITU LEBIH BAIK
SEBAIK-BAIKNYA
ANDA ADA YANG AJAK BERBICARA
DENGAR SAHAJA
USAH MENGULAS
SILAP-SILAP
ULASAN KITA JADI FITNAH SI PENYAMPAI

UNTUK RENUNGAN DIRIKU SENDIRI

HIDUP

HIDUP
PERLUKAN SATU PENGORBANAN
TETAPI
JUGA PERLUKAN SATU
PENGERTIAN

HATI BERLAGU SEDIH
SAAT RASA TIDAK DIRASAI
SAAT JANJI DIMUNGKIRI
SAAT DIRI MENJADI KORBAN
DEK TURUTKAN KEHENDAK DUNIAWI
DENGAN HAMPARAN KEMEWAHAN

HATI TAK SENANG
JIWA TAK TENANG
PERASAAN PINCANG

PADA SIAPA HARUS DILUAHKAN
TIADA YANG FAHAM
TIADA YANG MENGERTI
TIADA YANG TAHU

PERIT RASA
GELODAK DIJIWA
PERLUKAN PENAWAR
PENYEJUK KEPANASAN HATI

HENDAK DILUAHKAN
DIRI INI DIPERSALAHKAN
ITU DAN INI UNTUKMU

TETAPI
BUKAN ITU ITU PINTAKU
BUKAN ITU MAHUKU
BUKAN ITU KEHENDAKKU
BUKAN ITU MATLAMATKU
UNTUK HIDUP BERSAMAMU

YANG KU MAHU
RAHMAT DAN BERKAT ILAHI
MENGEJAR CINTA YANG ESA
MENCARI KASIH SYAFAAT RASULULLAH
UNTUK BEKAL DI SANA NANTI
TEMPAT YANG ABADI DAN HAKIKI

TETAPI
AKU KALAH DALAM BICARA
WALAU BERGELAR SIFU
AKU TIDAK PETAH MENYUISUN KATA
YANG BISA
MENYENTUH HATI MU

KU FAHAM MAKSUDMU
NIAT SUCI MU
SESEKALI
FAHAMILAH AKU
WALAU SEDETIK CUMA
WALAU SEKETIKA SAJA
SEBELUM KU MENUTUP MATA
SEBELUM KAU KEHILANGAN KU
BUAT SELAMANYA

KERANA AKU MANUSIA BIASA
BISA DATANG DAN PERGI
BISA HADIR DAN HILANG
BISA HIDUP DAN MATI




Sunday, 12 May 2013

JOM BACA.... KISAH MENARIK




JOM BACA....
KISAH MENARIK


1. Mengapa kita rasa tertekan?
Di dalam posting yang lepas, saya ada ceritakan bagaimana pelbagai masalah melanda tempat kerja saya disebabkan satu pemindahan teknologi yang berlaku dengan tidak sempurna. Saya pula amat tertekan, kerana sayalah yang bertanggungjawab di dalam projek itu, dan saya pulalah yang akan berhadapan dengan pihak pelanggan di atas semua kegagalan. Dalam pada itu, walaupun ramai jurutera yang sama-sama tertekan seperti saya, ada juga rakan-rakan kami yang tidak merasa tertekan. Kenapa? Jawabnya mudah saja. Kerana kejayaan pemindahan teknologi itu bukan tanggungjawab mereka, tetapi tanggungjawab saya dan para jurutera. Kita akan merasa tertekan, bilamana kita dipertanggungjawabkan tentang sesuatu tugas.

2. Tapi benarkah kita yang bertanggungjawab?
Di tempat saya berkerja, sering didatangi oleh seorang juruteknik mesin fotokopi, apabila mesin tersebut menghadapi masalah. Kadangkala beliau dapat menyelesaikan masalah yang berlaku, tetapi adakalanya tidak. Tetapi sungguhpun beliau tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, beliau tidak rungsing atau tertekan. Juruteknik itu hanya akan berkata, "tidak mengapa, saya akan minta bantuan engineer saya." Bila merenung situasi ini, tiba-tiba satu anjakan paradigma berlaku di dalam jiwa saya.

Adakah benar kita yang bertanggungjawab di atas segala tugas kita? Saya sekarang bekerja di sebuah syarikat, katalah U-C Sdn. Bhd. Tetapi di dalam realiti yang lebih mendalam, saya sebenarnya hanyalah hamba Allah. Saya bekerja dengan Allah, dan Allah menghantar saya ke syarikat U-C Sdn. Bhd. untuk menyelesaikan masalah di sana. Keadaan saya, sama saja dengan juruteknik mesin fotokopi yang sering datang ke syarikat U-C Sdn. Bhd. Apabila saya tidak dapat menyelesaikan tugas saya, kenapa pula saya perlu risau? Mengapa tidak saya minta pertolongan dari "majikan" saya, sebagaimana yang dilakukan juruteknik tadi. Anjakan paradigma ini, benar-benar meredakan tekanan yang berada di dalam dada saya. Sekarang ini, apabila berhadapan dengan masalah kerja yang tidak mampu saya selesaikan, saya akan meminta pertolongan Allah. Saya katakan, " Ya Allah, Engkau hantar aku untuk selesaikan masalah di sini. Tetapi masalah ini rumit sangat Ya Allah. Aku tak mampu selesaikan Ya Allah. Berilah aku idea dan kekuatan, bagaimana nak selesaikan masalah ni." Yang sebenarnya masalah tidak selesai sebaik sahaja saya minta pertolongan dari Allah. Tetapi, apabila saya buat begini, saya merasakan jiwa saya lebih tenang. Saya tidak lagi keseorangan menghadapi masalah. Bukan tanggungjawab saya lagi untuk menyelesaikan masalah. "Majikan" saya akan membantu saya menyelesaikan masalah tersebut. Dan selalunya, akan ada sahaja idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah apabila hati sudah tenang.

3. Kesimpulan
Ada 2 langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja.
  • Tukar paradigma - anda bukan bekerja dengan manusia, tetapi anda adalah hamba Allah. Allah yang meminjamkan anda ke tempat kerja sekarang ini untuk memberikan khidmat di situ bagi pihakNya.
  • Minta bantuan majikan sebenar anda bila berhadapan dengan masalah - Apabila anda menghadapi masalah, tekanan atau kebuntuan, mintalah bantuan dari Allah. Dia yang menghantar anda ke sana, dan Dia jugalah yang mempunyai jawapan kepada semua persoalan anda. Sama saja dengan juruteknik mesin fotokopi yang meminta bantuan juruteranya apabila gagal menyelesaikan sesuatu masalah. Dia tidak risau dan dia tidak tertekan, kerana ada seseorang yang mahir akan membantunya menyelesaikan masalah.
Sekian, selamat mencuba.

PUNCA NAFSU DAN SIKAP NEGATIF BERTAMBAH:

PUNCA NAFSU DAN SIKAP NEGATIF BERTAMBAH:


  • SALAH PILIH KAWAN
  • PERSEKITARAN YANG TIDAK MENDIDIK JIWA
  • SUASANA RUMAH YANG TIDAK BAHAGIA
  • SUKA MEMBERI ALASAN WALAUPUN MAMPU MELAKUKANNYA
  • SUKA MEMENDAM DAN AKHIRNYA MEMBERONTAK
  • TIADA USAHA UNTUK MENCARI JALAN PENYELESAIAN
  • MUDAH PUTUS ASA UNTUK BERDOA
  • BANYAK MELAKUKAN PERBUATAN YANG SIA-SIA
  • TIDAK MAHU BERTAUBAT


JOM UBAH DIRI JADI LEBIH BAIK..