Monday, 21 November 2016

KEPERCAYAAN

Hidup ni terlalu singkat untuk bersengketa
Hidup ini terlalu banyak rahsia
Penuh cabaran yang tak terfikir
Kepercayaan di ragut

Siapa lagi untuk kita letak kepercayaan
Siapa lagi
Jika yg paling kita percaya mengkhianati
Bicara sumbang disudut sudut tertentu
Gelak2 sendiri
Senyum sinis
Sindiran sana sini

Realiti satu hubungan
Tiada kejujuran
Penuh selindung
Prejudis dan tomahan

Semangat teruskan perjuangan
Datang dan pergi
Jatuh dan bangun

Bicara harus waspada
Ingatan untuk diri sendiri
Silap perhitungan
Diputar belit orang
Aku tak mampu untuk ubah persepsi manusia
Aku tak mampu ubah hati manusia

Hidup sendirian
Terkadang aku rasa lebih baik
Susah senang sendiri
Sedih dan pilu hati sendiri
Jerih payah sendiri
Hidup mati sendiri
Sebab seringkali dikecewakan
Bila kuletak sepenuh kepercayaan

Mencari aura positif
Mencari kekuatan diri
Mencari cinta Ilahi

Ya Allah...janganlah Kau biarkan ku sendirian menguruskan
Perjalanan hidupku seharian..

Thursday, 27 October 2016

GIVE AND TAKE

Hai to all...

"Give and take"

Apa yang anda faham tentang frasa ini..

Thursday, 20 October 2016

TAFAKUR

salam sayang

jom hayati lirik lagu ini

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

( ramai )
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

( ramai )
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

( ramai )
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Monday, 10 October 2016

THE POWER OF SEDEKAH

THE POWER OF SEDEKAH

percaya tak pada kuasanya sedekah..
ya..
Bukan sedekah itu berkuasa..tetapi hebatnya bersedekah..
Kalau tak percaya..tak apa...cuba mulakan dulu,,
Mungkin dengan niat dalam hati nak buat...
Dan laksanakannya..sikit2 pun tak pe..
Insya Allah...Allah akan tunjukkan hikmahnya tanpa di pinta...
Kita akan tersedar sendiri akan hikmahnya..
Tak perlu nak ditunggu-tunggu...
Percayalah...dan rasailah sendiri kemanisan bersedekah...
Sedekah itu hebat..
tak semestinya wang ringgit..harta benda...( tapi kalau boleh/mampu apa salahnya)
Sedekahkan al fatihah...doa..utk sesiapa sahaja pun boleh...
Pahala berpanjangan...
Sedekahkan ilmu..
Kalu kita doakan kebaikan orang lain, dan orang itu tidak tahu..itu sangat baik...
Cubalah..
Hati kita akan jadi lembut...

ingatan mesra utk diri sendiri
ANAIBAS

Monday, 3 October 2016

HILANG TAK BERGANTI

Salam Sayang buat semua

Tanggal 27 september yang lepas..
Aku dan suami telah kehilangan seorang pendoa keramat untuk kami..
Bapa mertuaku telah pergi meninggalkan kami buat selamanya..
Aku merasa satu kehilangan..biarpun mengenali baru sedekad..
Seorang insan yang mudah tersenyum..
Seorang yang biasa-biasa..
Seorang yang menyenangkan..
Teringat dulu..melahirkan anak pertama cset..Ayah hadiahkan ku Healin Gamat Hijau..
Aku amat hargai...
Ingat dulu..mengandung..ayah belikan daging rusa untuk kami..
Ingat dulu..ayah bergurau senda dengan kami..
Ingat senyumannya...
Kali terakhir aku jumpa ayah..2 minggu lepas..sewaktu beraya..Aidiladha
Kali terakhir aku bercakap..bergurau..
Semoga Allah tempatkan ayah bersama orang yang Soleh..
Al-Fatihah buat ayah mertuaku..

Monday, 6 June 2016

Puding Jagung Lazat

Assalamualaikum..
Entri kali ni Cik Sab nak kongsi resepi buat puding jagung

Bahan-bahan
1. Tepung Kastard 2 cawan
2. Susu Cair 1 tin
3. Gula 1/2 cawan
4. Air Suam 3 cawan
5. Sedikit  garam
6. Jagung Manis  tin.

Langkah-langlah
  1. Masukkan semua bahan 1 hingga 5 dalam periuk.
  2. Kacau sehingga semua larut dan tiada ketulan tepung kastard.
  3. Kemudian baru masakkan atas api api yang perlahan.
  4. Masukkan jagung tin.
  5. Kacau sehingga ia likat dan pekat serta nampak berkilat.
  6. Kemudian, masukkan dalam bekas yang disediakan.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk dan siap untuk dimakan.
  8. Selamat mencuba.